ok, nak sedey pon nak kene chomel ok?
arini sedey. DOM outstation.
semalam khamis mlm jumaat.
dia dh bagi aku "bekalan" yang cukup utk aku.
ha, tu pk ape? ha, ha, ha!!
bekalan utk aku kuatkan semangat selama dia takder ok??
dia kate, tak guna aku hidup dalam sedih.
aku hidup dlm berhati2.
sedangkan sepatutnya aku enjoy hidup ni dengan kebahagiaan.
tak kisah la bahagia camne pon.
biarpon orang hina, kutuk, yang penting aku hepi.
semalam DOM cite, aktiviti harian dia.
tetibe aku rindu "AKU" yang dulu.
balek keje, semayang magrib, smyg isyak, tido.
kol 11 bangun, kemas umah, kemas blk, lipat baju, masak, kemas dapur.
aku kenang2 kembali saat dulu aku penah lalui semua ini. seperti mana DOM lakukan sekarang.
betapa aku rindukan zaman itu dulu.
aku sanggup bertahan untuk tidak tidur semata2 utk tgk rumah aku bersih.kemas. wangi.
DOM kata, hidup tak perlu sunyi.
cukuplah ada kawan yg sentiasa ada bersama.
walaupun seorang.
time ni mata aku dh nk berair. tp ego aku kuat.
hahaha...
aku terkenangkan "kawan".
cepat2 aku tukar topik.
DOM pesan....selama dia takde...jgn nakal2...jgn sedey2...
dia sentiasa ada jika aku mahu bmsg dgn dia...jika aku inginkan teman...
teman tapi mesra boleh ke DOM? (tanya hati aku)
wahahaha...
DOM pesan lagi...pasni dia tak mo aku muram2...marah2...nak hepi2 je...
pastu...last skali dia pesan
"pakai baju kebaya selalu tau. nampak lebih kemas..." dia hembus asap rokok.
aku terpinga-pinga...ah, mungkin betul ckp dia. sbb aku pon tak suke pakai bj kurung.
dari dulu mmg aku tak suke.
"dan seksi" tambah DOM.
CILAKAK lu DOM!!!