24 October 2011 - 0 brutal di sini

ku kutip serpihan hati

aku tengah sebok.
sebok cari serpihan hati aku yang bersepah2.
berkecai!
sejak tahun 2002! sejak aku di POLISAS, Kuantan, Pahang.

aku cuba kutip dan cantumkan segala yang aku temui.
dari pahang ke taiping, ke putrajaya, ke sabak bernam, ke putrajaya lagi..

ah! mana lagi cebisan hati aku??

tahun 2011.

aku melihat sisa2 hati yang telahku cantumkan.
"letak hati aku sebelah setitis air pun leh kalah hati aku"

aku cuba mengingat kembali.
bagaimana hati aku boleh hancur berkecai.
macam mana hati aku boleh bersepah2.

lama juga aku menung.
oh! (itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku).

aku melihat DOM.

DOM sedang enak hembuskan asap rokoknya.

dia banyak mengajar aku.
menasihati aku.
mengutip kembali hati aku.
walaupun dia sebenarnya tak tahu kat mana hati aku bersepah dan berkecai.
tapi dia masih mencuba.

DOM kata, "hidup ni akan terbiar dengan sejuta penyesalan dan airmata kalau
masa yang diberikan kepada kita untuk mengutip sisa2 hati.
lebih baik jika menerima separuh hati yang orang berikan pada kita dan kita
cantumkan dengan hati kita. walau sisa hati itu kalah dengan setitis air.
lama-lama hati itu akan menjadi 1. walau mengambil masa bertahun2."

"manakan mungkin sisa hati yang kecil itu boleh menjadi separuh dlm ms terdekat bukan?
apa ntah lagi menjadi 1.
kerana itulah kita perlukan separuh hati lagi.
supaya hati kita jadi besar.
supaya hatikita menjadi separuh.
menjadi 1.
akhirnya akan bercantum elok dengan hati yang sudi dikongsi itu."

kata-kata DOM buatkan air mata aku bertakung.





dan akhirnya aku pergi berlalu setelah mendengar kata-kata itu.
mengira waktu yang terbuang kerana mengutip serpihan hati.

0 brutal di sini:

bilangan pengembara datang sini

free culinary arts web counter
Powered by culinarydegree.info .