22 February 2012 - 2 brutal di sini

cameron



















dah lame dh gambar ni. tahun lepas. baru tahun ni nk upload. lupe kot?


rindu plak nak pegi cameron


kan bes bawak RM1000.00 pastu sokping ntah pape kat sane...wahahaha!!!


aku pegi balik hari je. bangun awal2 subuh. balik lewat2 petang. mau la 2 2 situasi aku tidur je sepanjang perjalanan kan?

dah tentu ayahanda terchenta yg drive. wahahaha!

dan wajib aku kat atas tu beli bunga ros hokey?

aku dan ros tak dapat dipisahkan...


sbb makna nama aku pun mawar... owh yes...you can guess well my name ok?


cuti2 kali ni lebih panjang dari biasa.... masok skolah balek 25 mac 2012...weeeehaaa!!!



20 February 2012 - 1 brutal di sini

Selamat BerFebruari

Lama benaw tak hapdate.

kenapalah agaknye kan?
04 January 2012 - 0 brutal di sini

new year

wah! lamenye aku tak update blog!! bz... kowt? haha..

happy new year?

esok2 aku update lagi ye..hahaha
04 November 2011 - 0 brutal di sini

perTeMuan seLePaS berPiSah LaManYa

semalam(kisah ni 3 mgu lepas) aku pertama kali lepak kat Jalan TAR. ada la 1 kedai tu.kedai makan. tapi aku
tak makan.

minum je.

sekali ntah camne, termuncul plak sebuah wajah yang aku tak sangka akn jumpe di situw.

kat situw.

time ituw.



di situw.



damn!


nasib baik aku mmg tgh cover idong. maka automatiknya aku akan cover la separuh muka aku.


dia lalu dpn aku.


DEPAN aku beb!!


bergetar jantung aku!!!




tak lama dia duduk selang dua meja di sebelah kiriku.


ah, kenapa mesti kau??


aku kira, ari kamis.


ah, dh cuti ye?


kalau dulu dengan aku, sokmo ko kate sabtu ituw hari keje ko.



nk cuti utk aku mmg takder la kan.


tapi mungkin ade 1000 hikmah disebaliknya.


dan juga mungkin 1000 kebaikan menunggu dia. orang yang lebih baik dari aku.


tak lama aku blah dari situ tanpa menoleh ke belakang.

terganggu seketika perasaan aku.

tapi aku teruskan melangkah.

DOM pandang.




dia kate... "dah lepas.biarlah pergi."












28 October 2011 - 0 brutal di sini

bekalan khamis mlm jumaat




ok, nak sedey pon nak kene chomel ok?
arini sedey. DOM outstation.
semalam khamis mlm jumaat.
dia dh bagi aku "bekalan" yang cukup utk aku.
ha, tu pk ape? ha, ha, ha!!
bekalan utk aku kuatkan semangat selama dia takder ok??

dia kate, tak guna aku hidup dalam sedih.
aku hidup dlm berhati2.
sedangkan sepatutnya aku enjoy hidup ni dengan kebahagiaan.
tak kisah la bahagia camne pon.
biarpon orang hina, kutuk, yang penting aku hepi.

semalam DOM cite, aktiviti harian dia.
tetibe aku rindu "AKU" yang dulu.
balek keje, semayang magrib, smyg isyak, tido.
kol 11 bangun, kemas umah, kemas blk, lipat baju, masak, kemas dapur.
aku kenang2 kembali saat dulu aku penah lalui semua ini. seperti mana DOM lakukan sekarang.
betapa aku rindukan zaman itu dulu.
aku sanggup bertahan untuk tidak tidur semata2 utk tgk rumah aku bersih.kemas. wangi.

tapi sekarang?

DOM kata, hidup tak perlu sunyi.
cukuplah ada kawan yg sentiasa ada bersama.
walaupun seorang.
time ni mata aku dh nk berair. tp ego aku kuat.
hahaha...
aku terkenangkan "kawan".
cepat2 aku tukar topik.

DOM pesan....selama dia takde...jgn nakal2...jgn sedey2...
dia sentiasa ada jika aku mahu bmsg dgn dia...jika aku inginkan teman...
teman tapi mesra boleh ke DOM? (tanya hati aku)

wahahaha...
DOM pesan lagi...pasni dia tak mo aku muram2...marah2...nak hepi2 je...

pastu...last skali dia pesan

"pakai baju kebaya selalu tau. nampak lebih kemas..." dia hembus asap rokok.
aku terpinga-pinga...ah, mungkin betul ckp dia. sbb aku pon tak suke pakai bj kurung.
dari dulu mmg aku tak suke.










"dan seksi" tambah DOM.


CILAKAK lu DOM!!!




27 October 2011 - 0 brutal di sini

!malas!

SUMPAH
AKU
MALAS
NAK
BUAT
KERJA!!!

- 0 brutal di sini

mengawan itu best



aku tak tau la nape aku pindah kat opis baru ni aku rasa cam malas sangattttt....
sangat2 malas!!

semua aku buat semua tak kena jiwa...
agaknye sbb aku penat sangat..
ntah ape aku penat ntah...
penat mengawan, aku tak kawen lagi... hua hua hua...

semalam terbaca dalam majalah wanita...bile ntah.
satu artikel mengenai cium.

antara yang aku ingat ialah : ciumlah pasangan anda kerana ia mampu mengurangkan stress, kurangkan kalori...

ade lagi 6 kebaikan semuanya.
aku tak heran yang lelain tu. bagi kuatkan cinta la ape la.
yang tarik perhatian aku tu kurangkan kalori (nk kurus la konon).
baca punye baca, tetibe aku teruja nak pegi cium pasangan.
pantas aku bangun dari kerusi kat library opis aku.
Nak carik pasangan aku nak cium puas2.





eh???? sape ntah pasangan aku kan?

T_T
25 October 2011 - 0 brutal di sini

sehari sebelum cuti



whoa!! cuti!! esok... deepavali!

malangnya...hari ini aku malas bekerja.
darip agi smp ke ptg...carik mood...takder mood jua...
jadiknya...aku suke je merayap2...
dan aku jua rasa cam ngantok2 ayam...


*ni baru betul menggambarkan aku bosan*

nk tgu smp kol 5, nauzubillah la kan... ngantuk2 ayam pon ye gak ni...alamak aiiii...

takpelah...nk packing siap2. opis ni pon panas ya rabbi. tutup aircond plak dia. nsb dh nk blk. esok cuti. klu tak aku smack down JRM.

*JRM adalah company penyelenggaraaan building office aku.

bagi mereka2 yang bercuti, selamat bercuti. bagi tak cuti, lantak korang lah. hehehe...

tata!!
24 October 2011 - 0 brutal di sini

ku kutip serpihan hati

aku tengah sebok.
sebok cari serpihan hati aku yang bersepah2.
berkecai!
sejak tahun 2002! sejak aku di POLISAS, Kuantan, Pahang.

aku cuba kutip dan cantumkan segala yang aku temui.
dari pahang ke taiping, ke putrajaya, ke sabak bernam, ke putrajaya lagi..

ah! mana lagi cebisan hati aku??

tahun 2011.

aku melihat sisa2 hati yang telahku cantumkan.
"letak hati aku sebelah setitis air pun leh kalah hati aku"

aku cuba mengingat kembali.
bagaimana hati aku boleh hancur berkecai.
macam mana hati aku boleh bersepah2.

lama juga aku menung.
oh! (itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku).

aku melihat DOM.

DOM sedang enak hembuskan asap rokoknya.

dia banyak mengajar aku.
menasihati aku.
mengutip kembali hati aku.
walaupun dia sebenarnya tak tahu kat mana hati aku bersepah dan berkecai.
tapi dia masih mencuba.

DOM kata, "hidup ni akan terbiar dengan sejuta penyesalan dan airmata kalau
masa yang diberikan kepada kita untuk mengutip sisa2 hati.
lebih baik jika menerima separuh hati yang orang berikan pada kita dan kita
cantumkan dengan hati kita. walau sisa hati itu kalah dengan setitis air.
lama-lama hati itu akan menjadi 1. walau mengambil masa bertahun2."

"manakan mungkin sisa hati yang kecil itu boleh menjadi separuh dlm ms terdekat bukan?
apa ntah lagi menjadi 1.
kerana itulah kita perlukan separuh hati lagi.
supaya hati kita jadi besar.
supaya hatikita menjadi separuh.
menjadi 1.
akhirnya akan bercantum elok dengan hati yang sudi dikongsi itu."

kata-kata DOM buatkan air mata aku bertakung.





dan akhirnya aku pergi berlalu setelah mendengar kata-kata itu.
mengira waktu yang terbuang kerana mengutip serpihan hati.
- 0 brutal di sini

merahnya di Pagi Isnin

hari ni, hari Isnin.
Seperti biasa, semua orang sedang menghadapi mood yang kureng.
termasuklah aku.
aku cuba untuk carik mood.
ah, yang sampai badmood.

aku hanya menghabiskan masa dengan carik layout baru.

hurm..tukar lagi..

semalam, MU kalah Teruk. (padan muker supporters MU)
Chelsea pon same (Padan muker supporters Chealsea...termasuk aku)

namun begitu, aku tak penah tgk pon bola.
hapdet result dari status Facebook orang je...wahahahaha...!!!

hari ni pakai kebaya merah.
classs kau maria!!

semalam aku jumper DOM.
banyak yg aku dapat.
sampai arini aku terbayang2 ape yang dia ckp n buat.

ah, inikah maknanya aku sudah meningkat dewasa?



*sempoerna hijau sebatang*
19 October 2011 - 0 brutal di sini

kadang2 perlu pentingkan diri sendiri

Zara : Kita tidak boleh menolak rasa suka
ataupun berhenti menyukai seseorang
kerana jika keadaannya tepat dan benar serta kena,
ia mungkin perkara terbaik yang wujud dalam dunia.
Jika ia sebaliknya,
ia sebagai bentuk pengajaran bahawa hidup perlu diteruskan.



adakah kita perlu suka dan tak suka kerana garis panduan yang telah
ditetapkan pada kita sejak kita kecil?
suka dan tidak suka pada garis panduan itu, kadang2 perlu...
tetapi selalunya tak perlu.

contoh : jangan kawan dengan perokok, diorg jahat.
tak berpelajaran. bazir duit.

tapi, brape ramai pulak perokok2 tegar menjadi pegawai tertinggi?


ah, katakan aku menipu! aku di sini dikelilingi lelaki2 tampan
perokok tegar berjawatan tinggi.
jahatkah mereka? tidak berpelajarankah mereka?
setiap orang akan berubah nasib apabila mereka dewasa.
semasa mereka kecil, remaja, semasa itulah kesilapan dan kesalahan
yang mereka akan lakukan untuk menjadikan mereka dewasa kelak.

tetapi, adakah kita percaya pada diri sendiri
bahawa nasib akan berubah pada masa akan datang?
atau kita hanya memilih kehidupan berdasarkan
garis panduan yang kita pelajari atau diajar sejak kecil?

yakinkah kita saat ini kita kaya,
pada tahun depan jua masih kaya?

yakinkah kita saat ini kita kesempitan duit
bulan depan jua akan sempit?

dalam diam, sebenarnya, kita dibesarkan dengan
garis panduan yang kadang2 menyusahkan diri sendiri.
kebebasan untuk memilih itu tiada.
hingga 1 saat kita tak tau buat pilihan.

dan kerana itulah, pilihan kita selalunya salah
apabila berkenaan dengan perkara yang penting.
sebagai contoh : sebuah perkahwinan.

memilih lelaki kaya, dan merana kerana kekurangan
kasih sayang dan perhatian.
tidak kurang jua kurangnya adab dan sopan santun.
tetapi, dari segi kebanggaan...
kita bangga memiliki lelaki yang kaya.

begitu jua lelaki yang memilih wanita yang cantik.
mampukah melawan nafsu cemburu dan gaduh setiap hari
kerana wanita cantik selalu menjadi daya tarikan orang lain?
mampukah hanya menyimpan wanita anda
dirumah sahaja kerana sifat cemburu anda?

setiap yang baik dan buruk itu....
pada mata kasarnya, pada awalnya,
tidak akan dijadikan keputusan hingga akhirnya.

setiap perkara berubah. nasib, hati, perasaan.
sama ada kita tahu untuk control ke arah kebaikan atau keburukan.
kerana itu....setiap manusia di muka bumi ini adalah khalifah...
yang sepatutnya cerdik untuk menjadi ketua,
pandai mengawal (bukan mengawan ye), bersifat baik...

terima kasih pada zara.
kata2 anda menguatkan semangat saya untuk menyukai apa yang saya ada sekarang walaupun sejuta orang membencinya.
18 October 2011 - 0 brutal di sini

BaRu


cerita tentang baru, semua nak baru akhir tahun ni...
tak boleh ke tgu awal tahun? *sigh*

dalam itu, menyedarkan aku bahawa,
sesuatu untuk baru tidak perlu menunggu.
aper2 la yang nak baru.

rumah baru, kete baru, baju baru, aper2 la yang baru...
begitu jua aku. dapat staff baru. dapat itu baru. ini baru.
terjebak dengan situasi baru...

cinta baru????

aku mula terjebak dengan sesuatu
yang baru bagi aku.
sukar.
tetapi bes.
boleh?

perkara yang paling aku takut untuk terjebak,
akhirnya aku terjebak...


sekadar gambar hiasan

aku tak pasti sama ada aku harus menarik diri
atau masih lagi meneruskan pejuangan ni.
sekerat jalan yang akan penuhi aku dengan duka,
atau meneruskan ia dengan kebahagiaan tapi akhirnya jua tak pasti....

banyak yang tak pasti tentang hidup ini.
begitu jua aku.



let's have a break with smoking

kadang2 ingin saja aku tidur sepanjang hari.
atau berada di tepi laut sepanjang petang.
sepanjang hari.
kadang2 rasa nak menangis.
tetapi itu semua hanya perasaan aku yang
tak mampu aku tunaikan pada diri sendiri.
sibuk dengan kerjaya, belajar,
keluarga, cinta (eh, bercintakah aku??saje nak tambah gimik)

kadang2 rasa ingin saja aku tinggalkan semua ini...
tetapi mana kaki harus aku tuju?


23 September 2011 - , , , , , 5 brutal di sini

cinta dari seberang





semalam...aku berborak panjang dengan seseorang..
.aku gelarkan dia sebagai DOM.
ye, walaupun nampak mcm salah..t
p aku rasa dah tiba masanya aku berkongsi
dengan seseorang.
apa yang aku alami, ape yg aku dapat,
ape yg aku rasa, apa yang aku ada...

bermula dari isu-isu semasa..s
ampailah ke isu cintan cintun.
aku tertarik dengan pemerhatian dan pendapat DOM.
DOM kate, cinta adalah seperti yang kita mahukan kita lihat,
kita alami, kita rasa.
kita mahukan cinta,
maka berkorbanlah apa saja untuk cinta.

benar...nampak macam klise.
nampak mcm citer hindustan.
tetapi, itulah hakikatnya.
DOM kate, kita perlu usaha...t
api jika sebelah pihak sahaja yang berusaha...
cinta itu akan gagal...

jauh aku renung...


akhirnya aku akui jua..
seperti yang aku penah alami sebelum ini...

jika hanya sebelah pihak sahaja yang beriya,
kompem la takkan dapat..

namun, jika kedua-dua belah pihak yang berusaha, s
ejauh mana diuji, insya allah pasti akan berjaya...
memilih untuk berkorban untuk cinta
bukanlah sesuatu yang kolot,
melanggar agama.

kita perlukan cinta di dunia...untuk kita isikan kebaikan di akhirat.
nampak mcm loghat.
tapi hakikat!
sekaligus, membuka minda dan hati aku terima kenyataan ini bulat2
setelah lama aku pekungkan di dalam hati aku...

fight for your love!

tak kiralah berapa banyak halangan,
berapa byk org tentang, brape ramai yang mengata,
mengutuk, jika niat kita untuk bersama dia sehingga akhir hayat,
sehingga ke syurga,
insya allah takkan putus di tengah jalan...

benar...ramai yang bercerai berai di Malaysia kini.
di dalam perhubungan...p
erkara paling penting adalah terima seadanya dan memperbaiki...
curang perkara kedua...
ada masalah, cerai dan keluar dari h
ubungan bukanlah jalan penyelesaiannya...

di sinilah EGO memainkan peranan..
perlukah ego di dalam membina
dan memperbaiki sesebuah hubungan?




cinta bukan kerana rupa, fizikal. mahupun hartanya.

setiap orang berubah.
benar.
namun begitu, pengorbanan dan usaha itu takkan pernah dilupakan.
aku tak pernah berkahwin. t
api berdasarkan cerita2 kasar orang yang sudah berkahwin,
wanita akan merasa kecil hati dan
terasa apabila susah bersama suami
bila senang mereka akan kahwin lain
dan wanita baru itu menumpang kesenangannya.

itu aku akan kupas di entry yang lain.

di sini, cuba aku tekankan,
kita takkan mampu ubah apa yang pasangan kita mahu.
namun begitu, kita perlu usaha supaya
dia tidak tnggalkan kita dan melupakan
setiap saat yang dilalui bersama ketika susah dan senang...

hanya dengan cara itu dia takkan pernah lupakan kita.

percayalah pada aku....
setiap lelaki yang berkahwin 2, 3,
akhirnya akan kembali kepada isteri pertama.
jika di tanyakan kepada aku kenapa?
tunggulah entry seterusnya nanti...

dan nasihat aku kepada lelaki2 di luar sana...
peganglah kata2 aku...
ego macam mana sekalipun dikau..
aku bukanlah menyokong...
tetapi inilah nasihat aku...dan aku mahu korang pastikan..

kahwinlah seberapa banyak korang nak..
kahwin cerai kahwin cerai sampai 20 bini pon buatlah...
tapi JANGAN SESEKALI CERAIKAN DAN ABAIKAN ISTERI PERTAMA

ini aku dapat daripada seorang alim dan
juga sependapat dengan DOM.
dia pun ckp dapat daripada seorang alim.



cinta itu indah.

pergaduhan itu tali untuk merapat
dan mengikatkan lagi hubungan.
edarkan ego, korbanlah sebanyak kau mahu.
selagi tidak membelakangkan agama...

*cinta itu dah lama takder dalam hidup aku...tetibe rasa nak bercinta balik*

;)

22 September 2011 - 2 brutal di sini

change!

setiap kali berubah....pasti ada yang tak suke....
ubah tempat tinggal, tmpt keje, tmpt buat keje...

ape2 la pasal berubah...
namun sebagai seorang Islam, aku percaya....setiap perubahan itu akan mendatangkan
seribu kebaikan daripada sejuta keburukan..

setiap kali kita berubah, nasib kita berubah...
tak kiralah kita berubah jadi baik ke, jahat ke
tapi nasib pon akan berubah sama ada baik atau jahat

perpindahan aku (aku kan orang nomad, asek pindah je)
membawa sejuta kebaikan walau terselit berbilion2 kesulitan dan kepayahan
namun aku percaya...
di mana ada kemahuan...disitu ada jalan highway...

berpindah lagi....sesetangah orang akan bosan dengar cerita aku..
tak kurang juga yang terkejut...
yang dengki dah tentu ramai
namun begitu, bagi aku...perpindahan ini sejuta rahmat bg aku...

di mana ada kebaikan...disitu juga keburukan...
sama ada aku mahu atasi, membiarkannya melarat atau berwaspada...

aku terjebak dengan 1 keburukan...
aku tak pasti sama ada aku yakin pada diri sendiri mampu untuk atasi
atau masanya masih belum lagi sesuai

tapi yang aku pasti...



seseorang yang takkan aku ampunkan sejak 2002 akan aku jadikan pegangan hidup aku spnjg nyawa aku masih lagi di jasad...

ye.......penipu akan tetap penipu
penagih simpati!!!

(tetibe emo plak)

sekarang, aku agak selesa dgn diri aku dan keadaan sekarang...
tak sabar nak abes blaja thn dpn...

duit kete dh abes bayar...alhamdulillah..

tinggal sekarang nak bayar duit study je...

harap2 semuanya berjalan lancar...

kepada A, saya tak mungkin berubah tanpa awak...tapi, byk halangan perlu kita tempuhi namun saya masih belum bersedia tatkala ini...

kepada H.....selamanya takkan saya ampunkan awak...takkan sedetik pon saya halalkan segala kebaikan saya pada awak yang banyak menipu dan menagih simpati gampang itu...

kepada KK...aku takkan pernah lupa apa ko buat pada aku....sesungguhnya, jika aku tidak membalas dendam aku...aku percaya ALLAH akan membalas segalanya pada kau sejuta kali neraka dan seksa sebelum akhirat....



"ALLAH ambil yang lama...dia gantikan dengan baru"

13 September 2011 - 3 brutal di sini

~happy~

im juz being happy with new job...new task...new place...

well....another happy is because someone is caring about me...

and its only me juz cant care bout that person....

its hard for me to be nice to other person while im still cant forget the past and still hurt in pain...

until the time is true...

thank you for all supporters....
01 September 2011 - 1 brutal di sini

what a boring day

cuti lame-lame...inilah akibatnya,....aku dah mula bosan...

time2 gini...pastu...aku pon tak sedap ati tetibe...ntah kenapa kan?

rasa cam nk blk kl je skg....boleh?

ntah la...aku pon tak tau ape yg aku rasa skg....argh! demmit!

layout baru lagi kan? ^_^

aku tgh serabut ni...tak tau ar nape.....

adeh....tido lagi bes kot? ^_^
25 August 2011 - 0 brutal di sini

selamat hari raya

selamat hari raya kepada semua yang ikot blog ini.

padan muke aku tak dapat tukau wit raye. kuarkan wit pakai manual. rasakanlah kan?

sape2 yang balik ituw, driving, silalah berhati2. nak laju takder masalah. tapi time org break ko kene break la ye....

aku keje lagi...esok esok balek la....pelan2 cam siput ^_^


pas raya aku hapdet blog sawang ni yea ^_^
20 July 2011 - 2 brutal di sini

...LoseR....

aku rasa sangat loser...
tak update blog...
tak rehat...
paling best....

aku tak tau ape aku nak buat and nak....

at moment...aku hanya ada temporary punye plan aje....

hopefully, next year....full plan la ye... ^_^

aku ada banyak cerita....

dari sedih, sampai la gembira....


.....sampaikan dia satu saat, aku berkata pada diri aku "sebab aku bukan anak orang kaya"....
06 June 2011 - , , , , 0 brutal di sini

Asfan – Terhenti Di Sini (OST Nora Elena TV3 )

Lirik Asfan – Terhenti Di Sini (OST Nora Elena TV3 )

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta



...aku gile lagu ni skg....
- 0 brutal di sini

mendidik...aku ke?

aku bukan la pendidik yang bagus.
sbb tu aku bukan seorang chekgu.

dan bukan juga seorang yang punyai org yg rapat dgn aku.

sbb aku sgt la moody.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................


aku sgt marah kalau org cube2 nak mecabar kemarahan aku!


babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

bley ke perkataan tu?

who cares

bilangan pengembara datang sini

free culinary arts web counter
Powered by culinarydegree.info .