28 October 2011 - 0 brutal di sini

bekalan khamis mlm jumaat




ok, nak sedey pon nak kene chomel ok?
arini sedey. DOM outstation.
semalam khamis mlm jumaat.
dia dh bagi aku "bekalan" yang cukup utk aku.
ha, tu pk ape? ha, ha, ha!!
bekalan utk aku kuatkan semangat selama dia takder ok??

dia kate, tak guna aku hidup dalam sedih.
aku hidup dlm berhati2.
sedangkan sepatutnya aku enjoy hidup ni dengan kebahagiaan.
tak kisah la bahagia camne pon.
biarpon orang hina, kutuk, yang penting aku hepi.

semalam DOM cite, aktiviti harian dia.
tetibe aku rindu "AKU" yang dulu.
balek keje, semayang magrib, smyg isyak, tido.
kol 11 bangun, kemas umah, kemas blk, lipat baju, masak, kemas dapur.
aku kenang2 kembali saat dulu aku penah lalui semua ini. seperti mana DOM lakukan sekarang.
betapa aku rindukan zaman itu dulu.
aku sanggup bertahan untuk tidak tidur semata2 utk tgk rumah aku bersih.kemas. wangi.

tapi sekarang?

DOM kata, hidup tak perlu sunyi.
cukuplah ada kawan yg sentiasa ada bersama.
walaupun seorang.
time ni mata aku dh nk berair. tp ego aku kuat.
hahaha...
aku terkenangkan "kawan".
cepat2 aku tukar topik.

DOM pesan....selama dia takde...jgn nakal2...jgn sedey2...
dia sentiasa ada jika aku mahu bmsg dgn dia...jika aku inginkan teman...
teman tapi mesra boleh ke DOM? (tanya hati aku)

wahahaha...
DOM pesan lagi...pasni dia tak mo aku muram2...marah2...nak hepi2 je...

pastu...last skali dia pesan

"pakai baju kebaya selalu tau. nampak lebih kemas..." dia hembus asap rokok.
aku terpinga-pinga...ah, mungkin betul ckp dia. sbb aku pon tak suke pakai bj kurung.
dari dulu mmg aku tak suke.










"dan seksi" tambah DOM.


CILAKAK lu DOM!!!




27 October 2011 - 0 brutal di sini

!malas!

SUMPAH
AKU
MALAS
NAK
BUAT
KERJA!!!

- 0 brutal di sini

mengawan itu best



aku tak tau la nape aku pindah kat opis baru ni aku rasa cam malas sangattttt....
sangat2 malas!!

semua aku buat semua tak kena jiwa...
agaknye sbb aku penat sangat..
ntah ape aku penat ntah...
penat mengawan, aku tak kawen lagi... hua hua hua...

semalam terbaca dalam majalah wanita...bile ntah.
satu artikel mengenai cium.

antara yang aku ingat ialah : ciumlah pasangan anda kerana ia mampu mengurangkan stress, kurangkan kalori...

ade lagi 6 kebaikan semuanya.
aku tak heran yang lelain tu. bagi kuatkan cinta la ape la.
yang tarik perhatian aku tu kurangkan kalori (nk kurus la konon).
baca punye baca, tetibe aku teruja nak pegi cium pasangan.
pantas aku bangun dari kerusi kat library opis aku.
Nak carik pasangan aku nak cium puas2.





eh???? sape ntah pasangan aku kan?

T_T
25 October 2011 - 0 brutal di sini

sehari sebelum cuti



whoa!! cuti!! esok... deepavali!

malangnya...hari ini aku malas bekerja.
darip agi smp ke ptg...carik mood...takder mood jua...
jadiknya...aku suke je merayap2...
dan aku jua rasa cam ngantok2 ayam...


*ni baru betul menggambarkan aku bosan*

nk tgu smp kol 5, nauzubillah la kan... ngantuk2 ayam pon ye gak ni...alamak aiiii...

takpelah...nk packing siap2. opis ni pon panas ya rabbi. tutup aircond plak dia. nsb dh nk blk. esok cuti. klu tak aku smack down JRM.

*JRM adalah company penyelenggaraaan building office aku.

bagi mereka2 yang bercuti, selamat bercuti. bagi tak cuti, lantak korang lah. hehehe...

tata!!
24 October 2011 - 0 brutal di sini

ku kutip serpihan hati

aku tengah sebok.
sebok cari serpihan hati aku yang bersepah2.
berkecai!
sejak tahun 2002! sejak aku di POLISAS, Kuantan, Pahang.

aku cuba kutip dan cantumkan segala yang aku temui.
dari pahang ke taiping, ke putrajaya, ke sabak bernam, ke putrajaya lagi..

ah! mana lagi cebisan hati aku??

tahun 2011.

aku melihat sisa2 hati yang telahku cantumkan.
"letak hati aku sebelah setitis air pun leh kalah hati aku"

aku cuba mengingat kembali.
bagaimana hati aku boleh hancur berkecai.
macam mana hati aku boleh bersepah2.

lama juga aku menung.
oh! (itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku).

aku melihat DOM.

DOM sedang enak hembuskan asap rokoknya.

dia banyak mengajar aku.
menasihati aku.
mengutip kembali hati aku.
walaupun dia sebenarnya tak tahu kat mana hati aku bersepah dan berkecai.
tapi dia masih mencuba.

DOM kata, "hidup ni akan terbiar dengan sejuta penyesalan dan airmata kalau
masa yang diberikan kepada kita untuk mengutip sisa2 hati.
lebih baik jika menerima separuh hati yang orang berikan pada kita dan kita
cantumkan dengan hati kita. walau sisa hati itu kalah dengan setitis air.
lama-lama hati itu akan menjadi 1. walau mengambil masa bertahun2."

"manakan mungkin sisa hati yang kecil itu boleh menjadi separuh dlm ms terdekat bukan?
apa ntah lagi menjadi 1.
kerana itulah kita perlukan separuh hati lagi.
supaya hati kita jadi besar.
supaya hatikita menjadi separuh.
menjadi 1.
akhirnya akan bercantum elok dengan hati yang sudi dikongsi itu."

kata-kata DOM buatkan air mata aku bertakung.





dan akhirnya aku pergi berlalu setelah mendengar kata-kata itu.
mengira waktu yang terbuang kerana mengutip serpihan hati.
- 0 brutal di sini

merahnya di Pagi Isnin

hari ni, hari Isnin.
Seperti biasa, semua orang sedang menghadapi mood yang kureng.
termasuklah aku.
aku cuba untuk carik mood.
ah, yang sampai badmood.

aku hanya menghabiskan masa dengan carik layout baru.

hurm..tukar lagi..

semalam, MU kalah Teruk. (padan muker supporters MU)
Chelsea pon same (Padan muker supporters Chealsea...termasuk aku)

namun begitu, aku tak penah tgk pon bola.
hapdet result dari status Facebook orang je...wahahahaha...!!!

hari ni pakai kebaya merah.
classs kau maria!!

semalam aku jumper DOM.
banyak yg aku dapat.
sampai arini aku terbayang2 ape yang dia ckp n buat.

ah, inikah maknanya aku sudah meningkat dewasa?



*sempoerna hijau sebatang*
19 October 2011 - 0 brutal di sini

kadang2 perlu pentingkan diri sendiri

Zara : Kita tidak boleh menolak rasa suka
ataupun berhenti menyukai seseorang
kerana jika keadaannya tepat dan benar serta kena,
ia mungkin perkara terbaik yang wujud dalam dunia.
Jika ia sebaliknya,
ia sebagai bentuk pengajaran bahawa hidup perlu diteruskan.



adakah kita perlu suka dan tak suka kerana garis panduan yang telah
ditetapkan pada kita sejak kita kecil?
suka dan tidak suka pada garis panduan itu, kadang2 perlu...
tetapi selalunya tak perlu.

contoh : jangan kawan dengan perokok, diorg jahat.
tak berpelajaran. bazir duit.

tapi, brape ramai pulak perokok2 tegar menjadi pegawai tertinggi?


ah, katakan aku menipu! aku di sini dikelilingi lelaki2 tampan
perokok tegar berjawatan tinggi.
jahatkah mereka? tidak berpelajarankah mereka?
setiap orang akan berubah nasib apabila mereka dewasa.
semasa mereka kecil, remaja, semasa itulah kesilapan dan kesalahan
yang mereka akan lakukan untuk menjadikan mereka dewasa kelak.

tetapi, adakah kita percaya pada diri sendiri
bahawa nasib akan berubah pada masa akan datang?
atau kita hanya memilih kehidupan berdasarkan
garis panduan yang kita pelajari atau diajar sejak kecil?

yakinkah kita saat ini kita kaya,
pada tahun depan jua masih kaya?

yakinkah kita saat ini kita kesempitan duit
bulan depan jua akan sempit?

dalam diam, sebenarnya, kita dibesarkan dengan
garis panduan yang kadang2 menyusahkan diri sendiri.
kebebasan untuk memilih itu tiada.
hingga 1 saat kita tak tau buat pilihan.

dan kerana itulah, pilihan kita selalunya salah
apabila berkenaan dengan perkara yang penting.
sebagai contoh : sebuah perkahwinan.

memilih lelaki kaya, dan merana kerana kekurangan
kasih sayang dan perhatian.
tidak kurang jua kurangnya adab dan sopan santun.
tetapi, dari segi kebanggaan...
kita bangga memiliki lelaki yang kaya.

begitu jua lelaki yang memilih wanita yang cantik.
mampukah melawan nafsu cemburu dan gaduh setiap hari
kerana wanita cantik selalu menjadi daya tarikan orang lain?
mampukah hanya menyimpan wanita anda
dirumah sahaja kerana sifat cemburu anda?

setiap yang baik dan buruk itu....
pada mata kasarnya, pada awalnya,
tidak akan dijadikan keputusan hingga akhirnya.

setiap perkara berubah. nasib, hati, perasaan.
sama ada kita tahu untuk control ke arah kebaikan atau keburukan.
kerana itu....setiap manusia di muka bumi ini adalah khalifah...
yang sepatutnya cerdik untuk menjadi ketua,
pandai mengawal (bukan mengawan ye), bersifat baik...

terima kasih pada zara.
kata2 anda menguatkan semangat saya untuk menyukai apa yang saya ada sekarang walaupun sejuta orang membencinya.
18 October 2011 - 0 brutal di sini

BaRu


cerita tentang baru, semua nak baru akhir tahun ni...
tak boleh ke tgu awal tahun? *sigh*

dalam itu, menyedarkan aku bahawa,
sesuatu untuk baru tidak perlu menunggu.
aper2 la yang nak baru.

rumah baru, kete baru, baju baru, aper2 la yang baru...
begitu jua aku. dapat staff baru. dapat itu baru. ini baru.
terjebak dengan situasi baru...

cinta baru????

aku mula terjebak dengan sesuatu
yang baru bagi aku.
sukar.
tetapi bes.
boleh?

perkara yang paling aku takut untuk terjebak,
akhirnya aku terjebak...


sekadar gambar hiasan

aku tak pasti sama ada aku harus menarik diri
atau masih lagi meneruskan pejuangan ni.
sekerat jalan yang akan penuhi aku dengan duka,
atau meneruskan ia dengan kebahagiaan tapi akhirnya jua tak pasti....

banyak yang tak pasti tentang hidup ini.
begitu jua aku.



let's have a break with smoking

kadang2 ingin saja aku tidur sepanjang hari.
atau berada di tepi laut sepanjang petang.
sepanjang hari.
kadang2 rasa nak menangis.
tetapi itu semua hanya perasaan aku yang
tak mampu aku tunaikan pada diri sendiri.
sibuk dengan kerjaya, belajar,
keluarga, cinta (eh, bercintakah aku??saje nak tambah gimik)

kadang2 rasa ingin saja aku tinggalkan semua ini...
tetapi mana kaki harus aku tuju?


bilangan pengembara datang sini

free culinary arts web counter
Powered by culinarydegree.info .